TEMPOH BELAJAR ;
8 jam sahaja, dari 9 pagi hingga 6 petang atau sehingga baju siap jahit. mesti siap jahit. DALAM SEHARI SHJ.
Saya tidak akan membantu tuan puan menjahit sekiranya waktu telah menujukkan pukul 6 ptg, tuan puan kena juga jahit sendiri sampai siap baju tersebut. Saya akan tunggu sehingga pukul 9 mlm paling lewat yea...
Kelas ini sangat sesuai utk mereka yg tidak pernah menjahit, kerana sy mengajar secara personal atau 'one to one'. maximum pd satu-satu hari hanya 6 org pelajar yang terlibat, maka tumpuan penuh dapat diberikan kepada setiap pelajar sy.
Cara pengajaran kelas saya ialah seperti berikut;
1. Penerangan ringkas berkaitan nota jahitan.
2. Cara mengambil ukuran di badan
3. Memindahkan ukuran badan ke pola kertas (menggunakan formula yg berkaitan).
Buat pola baju dan kain
4. Menekap pola ke kain dan di surih ukuran tersebut.
5. Memotong kain.
6. Menjahit baju dan kain menggunakan mesin
7. Menjahit tikam leher(mata lalat) dan basi baju(silang-pangkah)
*******************************
Kelas ini hanya sehari shj... bukan datang berkali2 seperti kebanyakan kelas menjahit.
KENAPA? sebenarnya semua teknik diatas boleh dilaksanakan dalam tempoh 8 jam tersebut.
kebanyakan kelas menjahit yg memerlukan tuan puan hadir berkali-kali hanya akan membuang masa untuk tempoh perjalanan tuan puan ke kelas...
sebenarnya teknik yg diajarkan juga sama seperti saya,, cuma diajar dengan cara berdikit-dikit atau di ajar dgn cara yg rumit...jika tuan puan jenis yg mudah lupa, datang kelas yg berikut sudah lupa yg diajarkan sebelum itu. :)..
mengikut pengalaman saya sendiri, kita yang bekerja hendak belajar jahit nie, dengan cara singkat dan mudah sebab kita nak jahit baju sendiri atau anak2 bukan nye nak dapat sijil utk pergi cari kerja pulak kan.. he he... nak jimat supaya hari raya x yah risau pasal nak tempah baju anak2 dan sendiri punye.. kalau yg keje gomen lagilah... sentiasa nak berbaju kurung yang baru... baru best kan...
di bawah adalah contoh yuran kelas menjahit yg pernah sy tanya atau student2 sy beritahu..
Contoh :
1. rm180 utk 16 jam, datang 8x setiap kelas 2 jam...
2. rm200 utk 24 jam , datang 8x setiap kelas 3 jam
3. rm 200 utk 8 jam, dtg 2x
yg dapat tuan puan siapkan juga sepasang baju cuma kos perjalanan lebih mahal.
atau cara pakej yg pernah sy hadiri.
3. rm3000 utk 24 jam sebulan selama 8 bulan , belajar jahit hampir 25 patern.
semuanye terpulang kepada tuan puan utk memilih kelas yg tuan puan hendak hadiri...