Showing posts with label pertanyaan dr calon pelajar. Show all posts
Showing posts with label pertanyaan dr calon pelajar. Show all posts

Tuesday 1 February 2022

PAKEJ KELAS JAHITAN KLANG 2022

   






Pakej ni limted ye. Sehingga JUN 2022 shj

Pakej 9 PATEN 

Belajar 9 paten untuk RM1000 dalam tempoh 3 bulan 

(5 hari kelas)

LOKASI KELAS DI JALAN PAIP, MERU, KLANG.

Sesuai utk BEGINNER sahaja......

  1.  Baju Kurung Pesak Buluh @ Kurung Biasa
  2.  Baju Kurung Pesak Riau
  3.  Baju Kurung Moden
  4.  Baju Blaus
  5.  Jubah A Cut
  6.  Kain Susun Tepi
  7.  Kain Lipat Batik
  8.  Kain Duyung 2 Keping
  9.  Kain Kipas Belakang

Setiap kelas limited students. Maximum 3 org shj


DETAILS KELAS

1. kelas hari sabtu atau ahad shj

2. waktu kelas 9am hingga 6pm

3. peserta perlu sediakan kain cotton 4m utk 5 pasang baju.

4. tempat solat disediakan, perlu bawa telekung dan sejadah sendiri

5. lunch tidak disediakan

6. sila bawa hand sanitizer

7. sentiasa memakai pelitup muka sepanjang kelas.

8. mesin jahit dan peralatan menjahit disediakan

9. SIJIL KEHADIRAN akan diberikan mengikut tarikh hadir ke kelas

10. tambahan yuran rm50 sehari sekiranya tidak dapat menyiapkan modul dalam 5 hari kelas.



JADUAL KELAS 

day 1 : kurung pesak buluh dan kain susun tepi

day 2 : kurung pesak riau dan kain lipat batik

day 3 : kurung moden dan kain duyung 2 keping

day 4 : blaus   dan kain kipas belakang

day 5 : jubah a cut 




NAK JOIN?
WHATSAP CIKGU YANTI ye.....   018-287 8164  untuk booking
Klik je link bawah ni

Friday 17 May 2013

TEMPOH & CARA BELAJAR JAHIT


TEMPOH BELAJAR ;

8 jam sahaja, dari 9 pagi hingga 6 petang atau sehingga baju siap jahit. mesti siap jahit. DALAM SEHARI SHJ.

Saya tidak akan membantu tuan puan menjahit sekiranya waktu telah menujukkan pukul 6 ptg, tuan puan kena juga jahit sendiri sampai siap baju tersebut. Saya akan tunggu sehingga pukul 9 mlm paling lewat yea...

Kelas ini sangat sesuai utk mereka yg tidak pernah menjahit, kerana sy mengajar secara personal atau 'one to one'. maximum pd satu-satu hari hanya 6 org pelajar yang terlibat, maka tumpuan penuh dapat diberikan kepada setiap pelajar sy.

Cara pengajaran kelas saya ialah seperti berikut;

1. Penerangan ringkas berkaitan nota jahitan.

2. Cara mengambil ukuran di badan

3. Memindahkan ukuran badan ke pola kertas (menggunakan formula yg berkaitan).
    Buat pola baju dan kain

4. Menekap pola ke kain dan di surih ukuran tersebut.

5. Memotong kain.

6. Menjahit baju dan kain menggunakan mesin

7. Menjahit tikam leher(mata lalat) dan basi baju(silang-pangkah)

*******************************
Kelas ini hanya sehari shj... bukan datang berkali2 seperti kebanyakan kelas menjahit.

KENAPA? sebenarnya semua teknik diatas boleh dilaksanakan dalam tempoh 8 jam tersebut.

kebanyakan kelas menjahit yg memerlukan tuan puan hadir berkali-kali hanya akan membuang masa untuk tempoh perjalanan tuan puan ke kelas...
sebenarnya teknik yg diajarkan juga sama seperti saya,, cuma diajar dengan cara berdikit-dikit atau di ajar dgn cara yg rumit...jika tuan puan jenis yg mudah lupa, datang kelas yg berikut sudah lupa yg diajarkan sebelum itu. :)..
mengikut pengalaman saya sendiri, kita yang bekerja hendak belajar jahit nie, dengan cara singkat dan mudah sebab kita nak jahit baju sendiri atau anak2 bukan nye nak dapat sijil utk pergi cari kerja pulak kan.. he he... nak jimat supaya hari raya x yah risau pasal nak tempah baju anak2 dan sendiri punye.. kalau yg keje gomen lagilah... sentiasa nak berbaju kurung yang baru... baru best kan...

di bawah adalah contoh yuran kelas menjahit yg pernah sy tanya atau student2 sy beritahu..
Contoh :
1. rm180 utk 16 jam,  datang 8x setiap kelas 2 jam...
2. rm200 utk 24 jam , datang 8x setiap kelas 3 jam
3. rm 200 utk 8 jam, dtg 2x

yg dapat tuan puan siapkan juga sepasang baju cuma kos perjalanan lebih mahal.

atau cara pakej yg pernah sy hadiri.
3. rm3000 utk 24 jam sebulan selama 8 bulan , belajar jahit hampir 25 patern.

semuanye terpulang kepada tuan puan utk memilih kelas yg tuan puan hendak hadiri...

Thursday 9 May 2013

Ingin menambah pendapatan dgn menjahit?

Sy menerima banyak panggilan utk menempah baju nie,, tapi harap maklum sy memang x sempat nak menjahit kerana sy bekerja "opis hour" dan weekend sy penuh dgn kelas menjahit...

JADI,,,, sy akan forwad nama2 student sy yang berminat utk mengambil tempahan jahitan,,, maka secara tak langsung bekas pelajar sy akan menambah pendapatan melalui tempahan baju yg diterima....

jika anda berminat menjadikan bidang jahitan nie sebagai satu punca pendapatan tambahan... boleh lah menghadirkan diri di kelas sy ini..

ada antara student sy yg biasa mengambil tempahan baju kurung tradisional, kemudian mengambil kelas baju kurung moden atau jubah atau kurung peplum, utk mempelbagaikan perkhidmatan mereka, supaya lebih ramai pelanggan.....



Saturday 13 April 2013

Soalan Cepu Emas

saya selalu terima soalan2 seperti dibawah berkaitan kelas menjahit sy...

Soalan;
1. Sy x pernah menjahit,, boleh ke sy pandai dalam sehari kelas shj?

jawapan sy; Hampir 90% pelajar sy x pernah menjahit atau ada juga yang tak pernah pegang mesin jahit,, x tahu macam mana mesin jahit beroperasi.. Tetapi dengan minat semuanya akan jadi mudah... yang penting balik daripada kelas sy jgn pulak terus perap ilmu tu.. kene praktis lagi.. dlm kelas sy, sy akan ajar langkah-langkah utk menjahit.. bila dah tahu kene praktis macam mana nak jahit baju tersebut.. baru bole jadi pandai dan kemas jahitan.

soalan;
2. datang berapa kali? berapa jam?

jwpan sy; datang sekali shj utk satu baju selama 8 jam, dr pukul 9pagi hingga 6 ptg, atau sampai baju siap... sy x buat kelas singkat-singkat,,, 2 @ 3 jam, lepas tu balik, dtg lagi 2 @ 3 jam, hari lain.... leceh skit cara tu,,, nanti tuan puan lupa step  menjahit, sy pun lupa kat mana tuan puan berhenti kelas sebelum nya...
lebih mudah terus siapkan baju dlm sehari... pun cepat siap baju tuan puan, jimat duit minyak tuan puan utk hadir kelas sy.. he he

soalan;
3. berapa ramai dlm 1 kelas?

jwpan sy; biasa nye kalau kelas di lukut atau meru atau kuala terengganu, 1 hari hanya 6 pelajar shj.. supaya mudah sy nak ajar...cara pengajaran sy secara intensif dan 'one to one' mudah sy nak tgk cara tuan puan mengukur, memotong dan menjahit...

soalan;
4. ada hari atau tarikh khas ke utk 1 jenis baju atau jahitan?

jwpan sy; x ad tarikh khusus utk jenis 2 baju. sy boleh ajar 6 paten berlainan dlm 1 hari yg sama... ikut pilihan tuan puan. cuma tuan puan boleh buat 1 paten 1 hari yea... kalau nk 2 paten kene dtg 2 hari.

soalan;
5. kalau sy x bayar deposit boleh ke? sy bayar masa sy dtg ke kelas nanti....

jwpan sy; tak boleh. maaf ler tuan puan,,, sy nak tuan puan bayar deposit tu supaya ada komitmen di pihak tuan puan utk hadir ke kelas sy... supaya senang skit keje sy.. kalau x ada deposit,, nanti tuan puan x dtg.. sedangkan sy dah lock tarikh tu utk tuan puan dan x berikan pada yg lain , kene ingat yea 1 hari hanya 6 student yg sy ambik,,,
Sy selalu terkene,, bila mintak deposit, "nanti sy bayar" ,,, tapi x bayar2,, sampai tarikh dah dekat sgt , contoh tinggal sehari, baru sms , kata x jadi... erm... tu yg nak marah tu.... :(

soalan;
6. barang apa yg perlu dibawa?

jwpan sy; tolong ler tgk kat mukasurat "Yuran dan Maklumat Kelas" kat situ semua sy dah tulis dgn jelas,, kene bawa apa yg patut.

so far itulah antara soalan2 yg sy terima...

tapi ada juga 1 soalan yg sgt mengelikan hati....

"dengan yuran rm200 tu apa yg saya dapat?"

erm,, tepuk dada tanya selera...

ini kan kelas menjahit baju,,, tentulah dapat ilmu menjahit baju kan? tak kan dpt ilmu buat duit... he he


Thursday 29 November 2012

persoalan kelas menjahit baju

assalamualaikum....

hari nie sy nak berkongsi cerita skit......
he he he... sebenarnya sy tak ada ler pandai sgt bercerita....

biasanya sy dpt panggilan atau sms yg berbunyi seperti dibawah daripada mereka2 yg berminat utk dtg belajar menjahit dgn sy....


"sy tak pernah menjahit dan tak tahu guna mesin jahit, boleh ke sy datang ke kelas Puan?"


"boleh ker sy dapat dan pandai menjahit dlm tempoh 8 jam shj?"

"lelaki boleh ke dtg ke kelas puan?"


utk makluman semua,,,,,,

sy tak ada masalah dengan semua masalah di atas,,,

1. sebab tuan-puan akan diajar dari asas teknik-teknik utk menjahit baju nie.....so yg tak pernah menjahit memang akan pandai menjahit sepasang baju dlm tempoh 8 jam tu.
kalau x sempat siap,,, saya lanjutkan tempoh kelas..... supaya tuan-puan boleh siapkan baju.
Bukan macam sesetengah kelas di luar sana.... yg akan mengambil alih baju atau kain tersebut utk dijahit oleh cikgunya sekirannya masa dah hampir tamat.... sebab tiada penambahan masa kelas...
ATAU
tambah masa kelas tapi dikenakan bayaran tambahan....

2.  dalam kelas sy hanya ada seorang atau pun 2 orang shj pelajar....... jadi tumpuan sy 100% pada pelajar tersebut..... jadi kalau ada masalah atau x faham boleh terus diselesaikan,,, so tak adalah melengah-lengahkan masa belajar tuan-puan.

3. Sy dah pernah mengajar pelajar lelaki, EN shuhaimi seorang askar di PD nie..... dan sy tak kisah utk mengajar lelaki sebab semasa sy mengajar suami sy ada juga dirumah,,, malah melalui pengalaman sy di sekolah dulu dan bersama en shuhaimi nie.... pelajar lelaki lagi senang diajar menjahit dan sgt cermat dan kemas jahitan nya berbanding perempuan....( he he jangan marah yer wanita-wanita di luar sana.....) sebab tu kot ramai pereka fesyen nie lelaki......

sebenarnya yg penting ialah minat dan usaha kita utk mempelajari sesuatu ilmu.... BETUL tak?
kalau x ada kesungguhan semua bende pun x jadi.........

yg penting lepas kelas sy mesti terus cuba menjahit sendiri di rumah.... kalau tak nanti lupa step2 menjahit baju tu..... tapi x apa kalau lupa boleh call sy.... 013 772 9088