Sunday 15 January 2023

JENIS JAHITAN TANGAN

 salam,,,, 

ini adalah beberapa jenis jahitan tangan yg asas.




Jahitan Kia

Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas.
Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.
Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin.
Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.
 


Jelujur Halus

Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.
Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesin.
 


Jahitan Sembat

Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.
Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.
 


Jahitan Lilit Kemas

Digunakan untuk mengemaskan tepi fabrik.
Jahitan ini juga digunakan untuk menjahit butang katub, cangkuk dan palang.
 


Jahitan Lubang Butang

Jahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.
 


Jahitan Silang Pangkah

Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan salaman.
 


Jahitan Insang Pari
Jahitan ini digunakan untuk mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.



Review kelas jahit florabeadz

salam semua

cikgu nk mohon jasa baik dr ex students florabeadz.. bg review utk kelas jahit florabeadz 

tekan je link ni ye review florabeadz

terima kasih ye

Sunday 1 January 2023

SELAMAT DATANG 2023... JADUAL KELAS 2023

 


ORAIT.. ni jadual kelas 2023 utk januari till mac ye

lokasi?
KLIK LINK BAWAH NI


1. MERU , KLANG

https://goo.gl/maps/gbVtSD88eUD3hi1Q8


2. SEREMBAN

https://goo.gl/maps/Dff4ipPTTrB2nwUx6

NO TELEFON CIKGU?
0182878164 CIKGU YANTI,,
WHATSAP JE TAU.. JGN CALL..









Monday 5 December 2022

JADUAL KELAS DISEMBER 2022

 Assalam semua.


lama cikgu senyap ye.. sampai ada yang tanya kelas ada lagi ke tak?

ada kelas.. insyaAllah selagi cikgu sihat kelas florabeadz akan ada je,, 


ini jadual kelas untuk disember 2022 ye..

sila la pilih tarikh yang sesuai dgn masa uollss 

nak tau yuran klik sini YURAN KELAS JAHIT











Friday 2 September 2022

Promosi SEPTEMBER

 Salam semua


Ada promosi utk bulan September ni


Sesuai utk yg beginners, yg zero jahit. 


Meh belajar dgn Florabeadz