Showing posts with label teknik kelas jahitan saya. Show all posts
Showing posts with label teknik kelas jahitan saya. Show all posts

Wednesday, 20 January 2016

Persiapan kelas jahit

Assalam

Dlm kelas jahit sy. . Sy sediakan peralatan menjahit,  mesin jahit dan bahan kain. Termasuk lunch
Mcm dlm gambar ni
Bila abis kelas. . Bawa la balik baju yg siap jahit tu..









Monday, 1 July 2013

kelas menjahit baju utk lelaki

Sepanjang saya mengadakan kelas menjahit ini, sy telah menerima 3 pelajar lelaki.. utk kelas jahitan saya.
Saya bole menerima dan mengajar pelajar lelaki... malah selalunye pelajar lelaki nie labih tekun dan cermat dalam menjahit...

yang pertama en shuhaimi, seorang askar daripada port dickson. maaf gambar tak da...

yang kedua en rahman, dia datang bersama isterinya...belajar menjahit bersama isteri tersayang pn ayu


yang ketiga en mohd nazib, 14 julai nanti...

jika berminat bole hubungi saya ,,, jenis-jenis baju , sila lihat dlm page Yuran & maklumat kelas


















Friday, 17 May 2013

TEMPOH & CARA BELAJAR JAHIT


TEMPOH BELAJAR ;

8 jam sahaja, dari 9 pagi hingga 6 petang atau sehingga baju siap jahit. mesti siap jahit. DALAM SEHARI SHJ.

Saya tidak akan membantu tuan puan menjahit sekiranya waktu telah menujukkan pukul 6 ptg, tuan puan kena juga jahit sendiri sampai siap baju tersebut. Saya akan tunggu sehingga pukul 9 mlm paling lewat yea...

Kelas ini sangat sesuai utk mereka yg tidak pernah menjahit, kerana sy mengajar secara personal atau 'one to one'. maximum pd satu-satu hari hanya 6 org pelajar yang terlibat, maka tumpuan penuh dapat diberikan kepada setiap pelajar sy.

Cara pengajaran kelas saya ialah seperti berikut;

1. Penerangan ringkas berkaitan nota jahitan.

2. Cara mengambil ukuran di badan

3. Memindahkan ukuran badan ke pola kertas (menggunakan formula yg berkaitan).
    Buat pola baju dan kain

4. Menekap pola ke kain dan di surih ukuran tersebut.

5. Memotong kain.

6. Menjahit baju dan kain menggunakan mesin

7. Menjahit tikam leher(mata lalat) dan basi baju(silang-pangkah)

*******************************
Kelas ini hanya sehari shj... bukan datang berkali2 seperti kebanyakan kelas menjahit.

KENAPA? sebenarnya semua teknik diatas boleh dilaksanakan dalam tempoh 8 jam tersebut.

kebanyakan kelas menjahit yg memerlukan tuan puan hadir berkali-kali hanya akan membuang masa untuk tempoh perjalanan tuan puan ke kelas...
sebenarnya teknik yg diajarkan juga sama seperti saya,, cuma diajar dengan cara berdikit-dikit atau di ajar dgn cara yg rumit...jika tuan puan jenis yg mudah lupa, datang kelas yg berikut sudah lupa yg diajarkan sebelum itu. :)..
mengikut pengalaman saya sendiri, kita yang bekerja hendak belajar jahit nie, dengan cara singkat dan mudah sebab kita nak jahit baju sendiri atau anak2 bukan nye nak dapat sijil utk pergi cari kerja pulak kan.. he he... nak jimat supaya hari raya x yah risau pasal nak tempah baju anak2 dan sendiri punye.. kalau yg keje gomen lagilah... sentiasa nak berbaju kurung yang baru... baru best kan...

di bawah adalah contoh yuran kelas menjahit yg pernah sy tanya atau student2 sy beritahu..
Contoh :
1. rm180 utk 16 jam,  datang 8x setiap kelas 2 jam...
2. rm200 utk 24 jam , datang 8x setiap kelas 3 jam
3. rm 200 utk 8 jam, dtg 2x

yg dapat tuan puan siapkan juga sepasang baju cuma kos perjalanan lebih mahal.

atau cara pakej yg pernah sy hadiri.
3. rm3000 utk 24 jam sebulan selama 8 bulan , belajar jahit hampir 25 patern.

semuanye terpulang kepada tuan puan utk memilih kelas yg tuan puan hendak hadiri...

Wednesday, 3 April 2013

Mata lalat untuk kemasan leher baju kurung

sy akan ajar cara jahit mata lalat utk kelas jahitan sy..

jahitan mata lalat diatas disiapkan oleh student sy, pn liza dr PD...
beliau dapat menyiapkan sepasang baju kurung dan jahitan mata lalat dlm tempoh 8 jam kelas sy..

Friday, 15 March 2013

Teknik Pengajaran Kelas Intensif



Kelas menjahit baju

Cara pengajaran kelas ialah seperti berikut;

1. Penerangan ringkas berkaitan nota jahitan.

2. Cara mengambil ukuran di badan

3. Memindahkan ukuran badan ke pola kertas (menggunakan formula yg berkaitan).     
    Buat pola baju dan kain

4. Menekap pola ke kain dan di surih ukuran tersebut.

5. Memotong kain.

6. Menjahit baju dan kain menggunakan mesin

7. Menjahit tikam leher(mata lalat) dan basi baju(silang-pangkah)

 * kelas ini sangat sesuai utk mereka yg tidak pernah menjahit, kerana sy mengajar secara personal atau 'one to one'. maximum pd satu-satu hari hanya 6 org pelajar yng terlibat, maka tumpuan penuh dapat diberikan kepada setiap pelajar sy.