Monday 28 January 2013

Kelas di Meru, Klang

Sabtu 27 januari 2013....

Hanie dan fiza... dua sahabat dtg belajar menjahit baju kurung tradisional dan kurung moden...

dalam kemeriahan dirumah mak saya  di meru.... mereka khusyuk menjahit...
 kelas extend sampai kul 8mlm,,,
"nak siap kan baju hari nie juga.... esok hanie ada program lain" kata Hanie...


fiza dgn baju kurung tradisional...

hanie dan baju kurung moden

Baju blaus dan seluar pallazo

Special dari pn Miza, ex student baju kurung riau sy,,
Kali nie beliau nak belajar jahit blaus dan seluar pallazoo.....

...
seluar pallazo dr kain batik dan blaus

POLA KURUNG MODEN

TOTURIAL BUAT POLA KURUNG MODEN...

hari nie sy nak share cam mana nak draf pola kurung moden....


2 formula diatas tu terbalik
'keliling dada/8' patutnye diatas. dan yg 'keliling dada/4' di tepi.

nanti sy citer cam na, nak potong dan jahit pulak yea...

Thursday 10 January 2013

Kelas Menjahit Baju Kurung di MERU, KLANG

Kelas ini saya adakan di umah mak saya di Jalan Paip , Meru, Klang...

hanya pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad)

kira kira 1 km dari Pekan Meru....

berminat?

yuran hanya rm150 .. jahit baju dari mula buat pola , potong kain dan siap jahit.

hubungi sy 0137729088 utk menetapkan tarikh kelas,,,

tuan puan kene booking awal sebulan utk kelas sy yea,, sebab sy x ambik ramai2 student dalam 1 hari..



antara student sy di meru
mata lalat yg telah disiapkan oleh student,,
ruang menjahit di meru
                      ______________________________

Saya juga boleh ke rumah tuan/puan di kawasan yg berdekatan dengan Meru...
seperti Bandar Setia Alam, Bandar Puncak Alam, Shah Alam....


Thursday 29 November 2012

persoalan kelas menjahit baju

assalamualaikum....

hari nie sy nak berkongsi cerita skit......
he he he... sebenarnya sy tak ada ler pandai sgt bercerita....

biasanya sy dpt panggilan atau sms yg berbunyi seperti dibawah daripada mereka2 yg berminat utk dtg belajar menjahit dgn sy....


"sy tak pernah menjahit dan tak tahu guna mesin jahit, boleh ke sy datang ke kelas Puan?"


"boleh ker sy dapat dan pandai menjahit dlm tempoh 8 jam shj?"

"lelaki boleh ke dtg ke kelas puan?"


utk makluman semua,,,,,,

sy tak ada masalah dengan semua masalah di atas,,,

1. sebab tuan-puan akan diajar dari asas teknik-teknik utk menjahit baju nie.....so yg tak pernah menjahit memang akan pandai menjahit sepasang baju dlm tempoh 8 jam tu.
kalau x sempat siap,,, saya lanjutkan tempoh kelas..... supaya tuan-puan boleh siapkan baju.
Bukan macam sesetengah kelas di luar sana.... yg akan mengambil alih baju atau kain tersebut utk dijahit oleh cikgunya sekirannya masa dah hampir tamat.... sebab tiada penambahan masa kelas...
ATAU
tambah masa kelas tapi dikenakan bayaran tambahan....

2.  dalam kelas sy hanya ada seorang atau pun 2 orang shj pelajar....... jadi tumpuan sy 100% pada pelajar tersebut..... jadi kalau ada masalah atau x faham boleh terus diselesaikan,,, so tak adalah melengah-lengahkan masa belajar tuan-puan.

3. Sy dah pernah mengajar pelajar lelaki, EN shuhaimi seorang askar di PD nie..... dan sy tak kisah utk mengajar lelaki sebab semasa sy mengajar suami sy ada juga dirumah,,, malah melalui pengalaman sy di sekolah dulu dan bersama en shuhaimi nie.... pelajar lelaki lagi senang diajar menjahit dan sgt cermat dan kemas jahitan nya berbanding perempuan....( he he jangan marah yer wanita-wanita di luar sana.....) sebab tu kot ramai pereka fesyen nie lelaki......

sebenarnya yg penting ialah minat dan usaha kita utk mempelajari sesuatu ilmu.... BETUL tak?
kalau x ada kesungguhan semua bende pun x jadi.........

yg penting lepas kelas sy mesti terus cuba menjahit sendiri di rumah.... kalau tak nanti lupa step2 menjahit baju tu..... tapi x apa kalau lupa boleh call sy.... 013 772 9088